Sunday, May 18, 2014

RUKHSAH & PELAKSANAAN SOLAT

1)      KONSEP RUKHSAH DALAM IBADAH Rukhsah adalah kelonggaran hukum syarak yang diberikan kepada umat Islam dalam menunaikan ibadah disebabkan adanya darurat.Manusia dijadikan bersifat lemah dan sentiasa berhadapan dengan ujian hidup.Allah mensyariatkan rukhsah sebagai hadiah buat hamba-hamba-Nya.Rukhsah juga toleransi daripada pencipta kepada yang dicipta.
MAKSUD RUKHSAH Rukhsah secara literal ialah memudahkan ataupun menyenangkan.Dari sudut istilahpula, berlaku perubahan hukum kepada perbuatan asal.Ini kerana adanya keuzuran yang khusus.
Dalil al-Quran yang menunjukkan adanya konsep rukhsah dalam Islam:
Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”
Al-Quran.Al-Baqarah. 185:2
Maksudnya: “Allah tidak memberati manusia melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya”

Al-Quran.Al-Baqarah. 286:2. 

PELAKSANAAN SOLAT
4) Mazhab shafie
Solat secara duduk
-duduk dalam keadaan iftirash, iaitu seperti duduk antara dua sujud atau keadaan yang termampu
-rukuk, hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau bersetentang dengan hadapan lutut.
-Sujud, dilakukan seperti biasa.

Solat secara mengiring
-berada dalam keadaan berbaring sambil mengiring ke atas rusuk sebelah kanan
-muka dan dada hendaklah mengadap kiblat
-rukuk dan sujud hanya dilakukan menerusi isyarat kepala

Solat secara menelentang
-berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang
-kaki hendaklah menghala kiblat
-kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat menghadap kiblat



-rukuk dan sujud hanya dilakukan melalui isyarat kepala

Solat secara isyarat kelopak mata
-berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang
-kaki hendaklah menghala kiblat
-rukuk hanya dilakukan melalui isyarat kelopak mata
-sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata secara ingat di dalam hati

Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun



 

No comments:

Post a Comment