2) pelaksanaan ” cara mengambil wudhu`
@ tayamum mengikut mazhab empat ketika:
1.Anggota yang berbalut
2.Anggota yang cedera tapi tidak
berbalut
Ulama sepakat menyatakan bahawa menyapu di atas balutan
kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah
harus.
Dalilnya :
Saidina Ali bin Abi talib r.a
berkata :
انكسرت إحدى زندى فسألت النبي (ص) فأمرني أن أمسح الجبائر
“Salah satu pergelangan tanganku
telah patah , lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw (cara bersuci). Baginda
saw memerintahkan ku supaya menyapu di atas balutannya”
(HR Ibn Majah , Dar al-Quthni , dan al-Baihaqi)
Berikut adalah ringkasan hukum
menyapu air di atas balutan ketika berwudhuk / mandi junub :
1. Mazhab Hanafi : Hukum menyapu di atas
balutan adalah wajib dan bukannya fardhu.Hukum wajib
ini akan gugur sekiranya sapuan di atas balutan itu memudharatkan.
2. Jumhur Ulama (Maliki , Syafie , Hanbali) : Hukum menyapu di atas balutan luka dan sebagainya adalah
wajib.Ini kerana seseorang itu wajib menggunakan air ketika berwudhuk atau
mandi junub semampu / semaksimum yang mungkin.Sekiranya ia tidak dapat berbuat
demikian melainkan terpaksa menyapu dengan air balutan lukanya , maka ia wajib
berbuat demikian.
Terdapat syarat-syarat yang
mesti diikuti ketika menyapu air di atas balutan luka :
1. Balutan yang tidak boleh
dibuka, yang mana sekiranya dibuka akan mengakibatkan kemudharatan atau
menyebabkan lambat sembuh.
2. Air tidak boleh di sapu pada
tempat luka, kerana akan memudharat / menyakitkan.Sekiranya tempat luka tersebut
boleh disapu dengan air , maka pada ketika itu tidak boleh ia menyapu balutan
luka , malah hendaklah ia menanggalkan balutan tersebut.Begitu juga dengan
anggota yang cedera tetapi tidak berbalut yang mana sekiranya boleh disapu
dengan air maka lakukanlah , tetapi jika disapu akan menyebabkan kesakitan maka
tidak perlu disapu dan wajib ketika itu dibalut pada tempat tersebut supaya
ianya boleh disapu.
3. Balutan itu mestilah tidak
melebihi had yang diperlukan.Iaitu tidak melebihi tempat atau bahagian yang
sakit.
4. Hendaklah pembalut itu
diletakkan pada bahagian luka seseorang yang suci daripada hadas besar dan
kecil , iaitu setelah mandi junub atau berwudhuk.Sekiranya ia diletakkan /
dibalut pada bahagian anggota pesakit yang dalam keadaan berhadas , maka ia
boleh menyapu balutan tersebut tetapi ia wajib mengulangi solat berdasarkan
kepada pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali.Adapun disisi mazhab hanafi dan
Maliki mereka tidak mensyaratkan balutan itu diletakka dalam keadaan suci dari hadas.Sekiranya ia diletakkan
dalam keadaan berhadas sekalipun , seseorang itu boleh menyapu balutan tersebut
ketika berwudhuk atau mandi junub dan tidak perlu mengulangi solatnya.
Pendapat inilah yang paling
logik dan diterima kebbanyakkan ulama , kerana kebiasaannya kejadian luka dan
sebagainya terjadi dalam keadaan mengejut atau tanpa disangka-sangka.Maka
mensyaratkan suci daripada hadas adalah suatu kesulitan yang bertentang dengan
kehendak syarak itu sendiri. (Pendapat yang rajih)
5. Balutan itu mestilah daripada
bahan-bahan yang halal dan tidak diharamkan seperti sutera bagi lelaki dan
sebagainya.Ini adalah syarat tambahan bagi mazhab Hanbali.
Jumhur ulama dari mazhab Maliki
, Syafie dan Hanbali menetapkan seluruh balutan yang termasuk dalam anggota
wudhuk dan anggota mandi hendaklah disapu dan tempoh yang dibenarkan untuk
menyapu balutan tersebut ialah sehingga luka tersebut sembuh.
Sapuan pada balutan anggota
mandi boleh dibuat pada bila-bila masa ketika mandi.Tetapi sapuan pada anggota
wudhuk hendaklah dibuat mengikut tertib.Sebagai contoh , sekiranya balutan
tersebut pada tangan maka sapuan hendaklah dibuat selepas membasuh muka.
No comments:
Post a Comment