Tuesday, May 20, 2014

SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI


Solat Duduk Di Atas Kerusi.

 Solat duduk atas kerusi seperti berikut.

 Gambar (a)




 

Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit dengan meluruskan badan dan tangan seperti pada gambar (a)

 

 Gambar (b)



ii Berniat solat ketika melafazkan Takbiratul Ihram dengan mengangkat tangan seperti di gambar (b).

 

 Gambar (c)



iii. Membaca al-Fatihah dan Surah dalam keadaan duduk dan tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri .

 

Gambar (d)



iv. Ruku’ dengan menundukkan kepala sehingga dahinya berbetulan hadapan lututnya atau sekadar yang termampu.
 
Gambar (e)



v. I’tidal dengan mengangkat kepala dan meluruskan badan dan tangan.
 Gambar (f)

vi. Bagi solat Subuh bacaan Qunut dilakukan dengan mengangkat tangan berdoa sekiranya mampu dan keadaan mengizinkan.
 
 Gambar (g)

vii. Sujud dengan menundukkan kepala dan badan seboleh-bolehnya dahi di bawah paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan sujud dan ruku’ hendaklah ada perbezaan.
 
Gambar (h)
 




viii. Duduk antara dua sujud dengan meletakkan tangan di atas paha.
 
 Gambar (i)

ix. Membaca Tahiyyat dalam keadaan meletakkan tangan di atas peha.
 
 Gambar (j)

x. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kanan.
Gambar (k)

xi. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kiri
 
 
 
 
 
 
 

CARA SOLAT MENGIRING


Cara Solat Mengiring

Sebaik-baik solat ini ialah dengan mengiring atas rusuk kanan dengan menghadapkan dada dan muka ke arah kiblat.

Lihat gambar dibawah.

Gambar (a)



 

i. Berniat ketika beserta Takbiratul Ihram dan sunat mengangkat tangan sekiranya

 mampu. Kemudian membaca al-Fatihah.

 

 Gambar (b)



ii. Ruku’ dengan menundukkan sedikit kepala mengikut kemampuan. Lihat gambar (b).

 Gambar (c)



iii. Hendaklah I’tidal dengan mengangkat kepala semula. Lihat gambar (c).

 Catatan : Bacaan doa Qunut bagi solat Subuh.


Gambar (d)





iv Sujud dengan menundukkan kepala lebih daripada kadar ruku’ jika ia mampu. Sekiranya tidak berdaya lakukanlah setakat mana ia terdaya.

 

 Gambar (e)



v. Duduk antara dua sujud dengan keadaan mengiring seperti kedudukan

asal.

 Gambar (f)



vi. Membaca Tahiyyat dan memberi salam seperti dalam gambar

 

Semua rukun Fi’li (perbuatan) hendaklah dilakukan dengan isyarat kepala sekiranya tidak mampu dengan mata sahaja. Jika tidak terdaya hendaklah dilakukan dalam hati.

 
 

 

 

Sunday, May 18, 2014

SOLAT SECARA DUDUK


Cara Solat Sambil Duduk

 Gambar (a)

 

i. Duduk menghadap kiblat mengikut keselesaan pesakit. Sebaik-baik solat duduk

 ialah duduk iftirash seperti dalam gambar (a).

 

 Gambar (b)


 


ii. Takbiratul Ihram seperti di gambar (b)

 

 Gambar (c)
 

 

 iii. Membaca al-Fatihah.


Gambar (g)

 

 

 

 

 


vii. Sujud dilakukan seperti biasa. Sekiranya tidak dapat sujud seperti biasa, hendaklah menundukkan kepala lebih sedikit daripada had ruku’. Sekiranya masih tidak mampu , memadai membezakan antara ruku’ dan sujud.

 

 

 Gambar (h)



viii. Duduk antara dua sujud.

 

 Gambar (i)



ix. Membaca Tahiyyat.

 

 

 Gambar (j)



x. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kanan.

 

Gambar (k)



 xi. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kiri.

 
 

 

 

WUDHU' ANGGGOTA YANG CEDERA

2) pelaksanaan ” cara mengambil wudhu` @ tayamum mengikut mazhab empat ketika:
1.Anggota yang berbalut 
2.Anggota yang cedera tapi tidak berbalut

Ulama sepakat menyatakan bahawa menyapu di atas balutan kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah harus.
Dalilnya :
Saidina Ali bin Abi talib r.a berkata :
انكسرت إحدى زندى فسألت النبي (ص) فأمرني أن أمسح الجبائر
“Salah satu pergelangan tanganku telah patah , lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw (cara bersuci). Baginda saw memerintahkan ku supaya menyapu di atas balutannya”
(HR Ibn Majah , Dar al-Quthni , dan al-Baihaqi)
Berikut adalah ringkasan hukum menyapu air di atas balutan ketika berwudhuk / mandi junub :
1. Mazhab Hanafi : Hukum menyapu di atas balutan adalah wajib dan bukannya fardhu.Hukum wajib ini akan gugur sekiranya sapuan di atas balutan itu memudharatkan.
2. Jumhur Ulama (Maliki , Syafie , Hanbali) : Hukum menyapu di atas balutan luka dan sebagainya adalah wajib.Ini kerana seseorang itu wajib menggunakan air ketika berwudhuk atau mandi junub semampu / semaksimum yang mungkin.Sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian melainkan terpaksa menyapu dengan air balutan lukanya , maka ia wajib berbuat demikian.

Terdapat syarat-syarat yang mesti diikuti ketika menyapu air di atas balutan luka :
1. Balutan yang tidak boleh dibuka, yang mana sekiranya dibuka akan mengakibatkan kemudharatan atau menyebabkan lambat sembuh.
2. Air tidak boleh di sapu pada tempat luka, kerana akan memudharat / menyakitkan.Sekiranya tempat luka tersebut boleh disapu dengan air , maka pada ketika itu tidak boleh ia menyapu balutan luka , malah hendaklah ia menanggalkan balutan tersebut.Begitu juga dengan anggota yang cedera tetapi tidak berbalut yang mana sekiranya boleh disapu dengan air maka lakukanlah , tetapi jika disapu akan menyebabkan kesakitan maka tidak perlu disapu dan wajib ketika itu dibalut pada tempat tersebut supaya ianya boleh disapu.
3. Balutan itu mestilah tidak melebihi had yang diperlukan.Iaitu tidak melebihi tempat atau bahagian yang sakit.
4. Hendaklah pembalut itu diletakkan pada bahagian luka seseorang yang suci daripada hadas besar dan kecil , iaitu setelah mandi junub atau berwudhuk.Sekiranya ia diletakkan / dibalut pada bahagian anggota pesakit yang dalam keadaan berhadas , maka ia boleh menyapu balutan tersebut tetapi ia wajib mengulangi solat berdasarkan kepada pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali.Adapun disisi mazhab hanafi dan Maliki mereka tidak mensyaratkan balutan itu diletakka dalam keadaan suci dari hadas.Sekiranya ia diletakkan dalam keadaan berhadas sekalipun , seseorang itu boleh menyapu balutan tersebut ketika berwudhuk atau mandi junub dan tidak perlu mengulangi solatnya.
Pendapat inilah yang paling logik dan diterima kebbanyakkan ulama , kerana kebiasaannya kejadian luka dan sebagainya terjadi dalam keadaan mengejut atau tanpa disangka-sangka.Maka mensyaratkan suci daripada hadas adalah suatu kesulitan yang bertentang dengan kehendak syarak itu sendiri. (Pendapat yang rajih)
5. Balutan itu mestilah daripada bahan-bahan yang halal dan tidak diharamkan seperti sutera bagi lelaki dan sebagainya.Ini adalah syarat tambahan bagi mazhab Hanbali.
Jumhur ulama dari mazhab Maliki , Syafie dan Hanbali menetapkan seluruh balutan yang termasuk dalam anggota wudhuk dan anggota mandi hendaklah disapu dan tempoh yang dibenarkan untuk menyapu balutan tersebut ialah sehingga luka tersebut sembuh.
Sapuan pada balutan anggota mandi boleh dibuat pada bila-bila masa ketika mandi.Tetapi sapuan pada anggota wudhuk hendaklah dibuat mengikut tertib.Sebagai contoh , sekiranya balutan tersebut pada tangan maka sapuan hendaklah dibuat selepas membasuh muka.