Tuesday, May 20, 2014

SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI


Solat Duduk Di Atas Kerusi.

 Solat duduk atas kerusi seperti berikut.

 Gambar (a)




 

Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit dengan meluruskan badan dan tangan seperti pada gambar (a)

 

 Gambar (b)



ii Berniat solat ketika melafazkan Takbiratul Ihram dengan mengangkat tangan seperti di gambar (b).

 

 Gambar (c)



iii. Membaca al-Fatihah dan Surah dalam keadaan duduk dan tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri .

 

Gambar (d)



iv. Ruku’ dengan menundukkan kepala sehingga dahinya berbetulan hadapan lututnya atau sekadar yang termampu.
 
Gambar (e)



v. I’tidal dengan mengangkat kepala dan meluruskan badan dan tangan.
 Gambar (f)

vi. Bagi solat Subuh bacaan Qunut dilakukan dengan mengangkat tangan berdoa sekiranya mampu dan keadaan mengizinkan.
 
 Gambar (g)

vii. Sujud dengan menundukkan kepala dan badan seboleh-bolehnya dahi di bawah paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan sujud dan ruku’ hendaklah ada perbezaan.
 
Gambar (h)
 




viii. Duduk antara dua sujud dengan meletakkan tangan di atas paha.
 
 Gambar (i)

ix. Membaca Tahiyyat dalam keadaan meletakkan tangan di atas peha.
 
 Gambar (j)

x. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kanan.
Gambar (k)

xi. Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kiri
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment